LIMA TEMA GEOGRAFI MANUSIA
1-LOKASI
Lokasi di sini merujuk kepada sifat
sesebuah tempat. Titik mula untuk semua kajian geografi dan tindakan spatial/
ruang. Selain itu lokasi juga turut menggambarkan dimana kita berada. Lokasi
terbahagi kepada dua iaitu lokasi mutlak dan lokasi relatif.
2-Tempat (perspektif)
Sesuatu
tempat di permukaan bumi memiliki ciri-ciri budaya dan sifat-sifat fizikalnya
tersendiri. Satu tujuan geografi ialah untuk mengkaji sifat-sifat istimewa dan
makna sesuatu tempat. Pemahaman manusia terhadap diversiti berakar umbi pada
tempat, jadi konsep ini penting untuk membawa pengalaman manusia ke dalam
gambaran geografi.
Menggambarkan ciri-ciri yang terdapat di
sesuatu tempat iaitu ciri fizikal dan ciri manusia. Ciri fizikal di sini
melihat kepada keadaan fizikal di sesuatu tempat seperti bukit, sungai, hutan,tanah. Komponen
ini adalah senang bagi menggambarkan kedudukan sesuatu tempat dan ia mudah
dikenali. Dalam ciri fizikal ini jug melihat kepada manusia berhubung dengan
alam sekitar fizikal dalam membentuk landskap.Ciri fizikal ini penting bagi
mengambarkan tempat bagi sesuatu kawasan. Contohnya Bandar Kota Bharu terletak
berhampiran Sungai Kelantan. Bagi ciri manusia pula,dilihat berdasarkan budaya, tempat kerja, bahasa, adat dan kepercayaan, politik , ekonomi dan lain-lain.
3-Interaksi antara manusia – alam sekitar
Dalam tema tiga ini melihat bagaimana
kaitan antara manusia dan alam sekitar, di samping itu melihat juga kepada
bagaimana manusia dan alam sekitar
memberi kesan kepada manusia dan alam sekitar. Terdapat dua konsep utama
yang dapat menjelaskan dengan lebih lanjut lagi tentang perhubungan yang wujud
anatara manusia dan alam sekitar iaitu environmental determinism dan
environmental possibilism.
4-Pergerakan
Merujuk kepada pergerakan dari satu tempat
ke tempat lain, terdapat tiga pergerakan utama di sini iaitu pergerakan
manusia, maklumat atau idea dan barangan.
Bila ada pergerakan akan ada perubahan dalam kedudukan dan tempat. Pergerakan
boleh berlaku dalam konteks local dan global dan juga boleh berlaku dalam
kehidupan seharian, selain itu pergerakan manusia juga menghasilkan aktiviti
keruangan di sesuatu kawasan, dengan adanya aktiviti yang dijalankan ini sebahagian manusia mempunyai rutin harian
yang memerlukan mereka bergerak dalam seharian iaitu bergerak di sekitar ruang
aktiviti.
5-Kewilayahan
Wilayah boleh didefinisikan sebagai satu
kawasan alam sekitar fizikal yang mempunyai persamaan rupa bentuk serta di
dalamnya berlaku proses pembangunan fizikal yang berkaitan dengan kehidupan
manusia dan membentuk satu keseragaman ekonomi dan struktur sosial. Boleh
kelompokan tempat berdasarkan ciri-ciri yang seragam wujud antara wilayah dan
kesalingbergantungan antara wilayah. Terdapat tiga bentuk wilayah iaitu
1-wilayah formal
2-wilayah berfungsi
3-wilayah vernacular
Tiada ulasan:
Catat Ulasan