Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 20 Oktober 2012

EARTH ENERGY BUDGET


EARTH ENERGY BUDGET



Bajet Haba atau Imbangan Haba
                 Matahari merupakan punca  tenaga yang paling utama untuk menggerakan dan meneruskan semua proses di atmosfera dan di permukaan bumi. Tenaga matahari membekalkan 99.97% dari jumlah tenaga  yang terdapat dalam sistem bumi antara  komponen yang tiba di permukaan bumi ialah sinar infared (50%) sinar cahaya (41%), dan selebihnya sinar ultra ungu, sinar x, dan sinar gamma 9%. Selebihnya punca tenaga endogenik iaitu tenaga yang dihasilkan dalam bumi.

                    Tenaga yang dikeluarkan  oleh matahari akan dihantar ke bumi dalam bentuk gelombang elektromagnet (gelombang pendek) yang berukuran antara 0.2 mikron hingga 0.4 mikron Bumi membebaskan bahangan bumi ke atmosfera adalah dalam bentuk gelombang panjang iaitu dalam lingkungan 10 mikron.

KONSEP BAJET HABA ATAU IMBANGAN HABA
-Barry & Chorley (1977), bajet haba ialah cara-cara nilai sinaran matahari itu digunakan.hal ini kerana tidak semua jumlah tenaga sinaran matahari yang memasuki sistem atmosfera bumi akan tiba  ke permukaan bumi.
-Sinaran matahari yang memasuki atmosfera bumi akan diserap, diserak, dipantul oleh pelbagai juzuk dan unsur dalam atmosfera.
-Imbangan haba merujuk kepada keseimbangan yang berlaku antara jumlah bahangan matahari yang masuk ke sistem bumi-atmosfera dengan bahangan bumi
yang dibebaskan semula ke angkasa.
PROSES DALAM IMBANGAN HABA
1. PROSES SERAKAN
-Partikel-partikel akan menyerakan bahangan matahari secara mendatar apabila bahangan tersebut dipancar kepadanya.
-Darjah serakan bergantung kepada saiz partikel yang terlibat berbanding dengan jarak gelombang bahangan suria.

-Partikel menyerakan sinaran matahari melalui 2 cara.

a) Serakan Rayleigh

b) Serakan Mei


A) Serakan Rayleigh
- berlaku jika saiz partikel lebih kecil berbanding dengan jarak gelombang.
-berlaku proses serakan terhadap gelombang sinaran suria yang berukuran 0.45mikron oleh molekul udara yang terampai.
-Menyebabkan langit berwarna biru pada siang hari.
B) Serakan Mei
- berlaku jika saiz partikel sama besar dengan jarak gelombang.
- banyak dilakukan oleh partikulat di dalam jerebu seperti debu, habuk terampai.
-Menyebabkan langit berwarna kemerahan.

2. PROSES SERAPAN
-Dilakukan oleh partikel di atmosfera dan stratosfera seperti wap air, karbon dioksida dan ozon.
-Gas-gas ini cenderung untuk memilih jenis-jenis gelombang suria yang hendak diserap dan keupayaannya menyerap bergantung kepada jarak-jarak gelombang (dinamakan serapan terpilih).
-Daripada 100% sinaran suria, 36% akan dibalikan/albedo oleh sistem bumi-atmosfera. dan 64% akan dipancarkan ke bumi.
-Daripada 64% pula akan diserap 2% oleh ozon khasnya sinar ultra ungu.
-62% akan melepasi ozon dan sebahagiannya akan diserap oleh wap air, habuk, debu, karbon dioksida dan juga awan sebanyak 15%. Hanya 47% akan sampai ke permukaan bumi.

3. PROSES PANTULAN / BALIKAN
-Bahangan matahari apabila terkena partikel akan dipantulkan semula ke angkasa secara menegak (vertikal).
-Proses balikan banyak dilakukan oleh partikel berwarna cerah seperti manik hujan, titisan air dalam awan, hablur ais dalam awan yang tinggi.
-Proses pantulan mempengaruhi keamatan cahaya contohnya jika kadar pantulan tinggi langit kelihatan gelap.
-Elemen utama membalikkan sinar suria ialah awan . Semakin tebal awan semakin tinggi kadar pembalikan.

4.PROSES ALBEDO
-Albedo ditakrifkan sebagai darjah keputihan atau kecerahan sesuatu permukaan bumi, juga berkait rapat dengan proses pantulan.
- tidak semua sinar suria yang tiba di bumi akan diserap dan diguna oleh hidupan, sebahagiannya akan dipantulkan pula oleh permukaan bumi secara langsung.
-Semakin cerah sesuatu permukaan bumi maka semakin tinggi jumlah sinaran matahari yang akan dipantulkan.
-Albedo sebenarnya nisbah antara cahaya yang dipantulkan dengan cahaya yang diterima oleh permukaan bumi.
-Nilai albedo berbeza antara tempat bergantung kepada sifat permukaan bumi di kawasan berkenaan.

           Kadar albedo permukaan bumi
Jenis permukaan                                                          %pantulan
Awan stratus 1000-2000kaki tebal                                  59-84     
Hutan tropika                                                                     21
Gurun                                                                                 28
Jalan( permukaan hitam)                                                    5-10
Salji (baru turun)                                                               75-70

Tiada ulasan:

Catat Ulasan