Melihat kepada 4 tema utama iaitu
A) Litosfera
B) Biosfera
C) Atmosfera
D) Hidrosfera
1- Atmosfera
Atmosfera
merupakan lapisan udara di sekeliling bumi. Ketebalannya dianggarkan melebihi 1000
km. dan udara yang terdapat dalam atmosfera terdiri daripada beberapa jenis
gas. Antaranya Nitrogen(78%), Oksigen(21%), Karbon Dioksida(0.03%), dan
selebihnya merupakan gas-gas nadir dan lain-lain. Selain daripada gas,
atmosfera juga mengandungi wap-wap air, asap, partikel-partikel terampai
seperti debu, habuk, jelaga dan lain-lain.
Selain itu, 75% daripada udara ini
terletak di bawah lapisan bawah atmosfera iaitu 16- 20 km dari permukaan bumi.
Malah, Atmosfera dapat dibahagi-bahagikan kepada beberapa lapisan iaitu,
lapisan Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Ionosfera dan Ekosfera.
2-Hidrosfera
Komponen
Hidrosfera merupakan semua bahagian bumi yang mengandugi air seperti tasik, paya,
kolam, sungai, dan laut. Kira-kira 70% daripada keseluruhan permukaan bumi
merupakan komponen hidrosfera dan daripada jumlah tersebut sebanyak 97.2%
terdiri daripada air masin dan hanya 2.8% merupan air tawar.
Lautan merupakan komponen terpenting
dalam Hidrosfera serta mempunyai fungsi yang penting dalam sistem bumi seperti
membekalkanair hujan, menyederhanakan suhu sekitar, mewujudkan ekosistem
maritim dan lain-lain. Malah, perubahan yang berlaku oleh unsur lautan akan
mempengaruhi mahupun mengubah komponen sistem yang lain. Sebagai contoh,
apabila suhu aras laut meningkat maka sistem atmosfera, tiupan angin dari laut
ke daratan menjadi lemah, hujan menjadi semakin berkurangan dan menyebabkan
cuaca menjadi semakin panas.
3-Litosfera
Litosfera
ataupun kerak bumi merupakan lapisan luar bumi yang sangat pejal. Sebahagian daripada
Litosfera terdedah sebagai daratan yang membentuk benua dan pulau. Daratan ini pula
meliputi 29% daripada permukaan bumi dan Litosfera juga membentuk dasar laut. Ketebalan
Litosfera berbaza-beza iaitu kurang dari 5 km di bahagian dasar laut dan lebih daripada
50km di bahagian daratan.
Terdapat pelbagai konfigurasi atau
kepelbagaian bentuk muka bumi seperti gunung, lurah, jurang, sungai, delta,
pulau, dan sebagainya. Komposisi utama Litosfera adalah batu- batuan yang
terdiri daripada pelbagai jenis seperti batuan igneus, enapan dan
metamorphosis. Batuan-batuan ini pula terdiri daripada pelbagai sifat kimia dan
fizikal yang menyebabkan keanekan rupa muka di litosfera.
Litosfera sangat penting sebagai
tempat untuk hidupan di muka bumi. Litosfera menjadi habitat semula jadi.
Selain itu tanih yang terdapat di Litosfera amat penting kepada manusia untuk
menjalankan segala aktiviti manusia seperti petempatan, pertanian dan
sebagainya.
4-Biosfera
Komponen
Biosfera merupakan bahagian di kerak bumi dan atmosfera yang dihuni oleh hidupan
seperti manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, mikroorganisma termasuklah bacteria, protozoa,
spora dan lain-lain lagi. Komponen-komponen ini boleh dipecahkan kepada ekosistem-ekosistem
tertentu samaada pada skala mikro atau makro. Pada setiap ekosistem berkenaan
terdapatnya unsure biotik dan abiotik yang saling berinteraksi antara satu sama
lain.
Selain berfungsi sebagai ekosistem,
Komponen Biosfera juga menjadi tempat tinggal mahupun habitat untuk segala
hidupan, membekalkan sumber makanan dan kaya dengan sumber kepelbagaian
biologi(biodiversity), sepsis flora dan fauna. Dan pada masa yang sama Komponen
Biosfera ini mempengaruhi komponen-komponen sistem bumi yang lain. Komponen Biosfera
juga amat penting kepada manusia sebagai penyedia Oksigen yang datangnya dari fotosintesis
tumbuhan, sebagai sumber makanan, sumber perubatan, menjadi tempat tempat simpanan
air atau kawasaaan tadahan, sumber ekoperlancongan dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan