Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 20 Oktober 2012

EARTH ENERGY BUDGET


EARTH ENERGY BUDGET



Bajet Haba atau Imbangan Haba
                 Matahari merupakan punca  tenaga yang paling utama untuk menggerakan dan meneruskan semua proses di atmosfera dan di permukaan bumi. Tenaga matahari membekalkan 99.97% dari jumlah tenaga  yang terdapat dalam sistem bumi antara  komponen yang tiba di permukaan bumi ialah sinar infared (50%) sinar cahaya (41%), dan selebihnya sinar ultra ungu, sinar x, dan sinar gamma 9%. Selebihnya punca tenaga endogenik iaitu tenaga yang dihasilkan dalam bumi.

                    Tenaga yang dikeluarkan  oleh matahari akan dihantar ke bumi dalam bentuk gelombang elektromagnet (gelombang pendek) yang berukuran antara 0.2 mikron hingga 0.4 mikron Bumi membebaskan bahangan bumi ke atmosfera adalah dalam bentuk gelombang panjang iaitu dalam lingkungan 10 mikron.

KONSEP BAJET HABA ATAU IMBANGAN HABA
-Barry & Chorley (1977), bajet haba ialah cara-cara nilai sinaran matahari itu digunakan.hal ini kerana tidak semua jumlah tenaga sinaran matahari yang memasuki sistem atmosfera bumi akan tiba  ke permukaan bumi.
-Sinaran matahari yang memasuki atmosfera bumi akan diserap, diserak, dipantul oleh pelbagai juzuk dan unsur dalam atmosfera.
-Imbangan haba merujuk kepada keseimbangan yang berlaku antara jumlah bahangan matahari yang masuk ke sistem bumi-atmosfera dengan bahangan bumi
yang dibebaskan semula ke angkasa.
PROSES DALAM IMBANGAN HABA
1. PROSES SERAKAN
-Partikel-partikel akan menyerakan bahangan matahari secara mendatar apabila bahangan tersebut dipancar kepadanya.
-Darjah serakan bergantung kepada saiz partikel yang terlibat berbanding dengan jarak gelombang bahangan suria.

-Partikel menyerakan sinaran matahari melalui 2 cara.

a) Serakan Rayleigh

b) Serakan Mei


A) Serakan Rayleigh
- berlaku jika saiz partikel lebih kecil berbanding dengan jarak gelombang.
-berlaku proses serakan terhadap gelombang sinaran suria yang berukuran 0.45mikron oleh molekul udara yang terampai.
-Menyebabkan langit berwarna biru pada siang hari.
B) Serakan Mei
- berlaku jika saiz partikel sama besar dengan jarak gelombang.
- banyak dilakukan oleh partikulat di dalam jerebu seperti debu, habuk terampai.
-Menyebabkan langit berwarna kemerahan.

2. PROSES SERAPAN
-Dilakukan oleh partikel di atmosfera dan stratosfera seperti wap air, karbon dioksida dan ozon.
-Gas-gas ini cenderung untuk memilih jenis-jenis gelombang suria yang hendak diserap dan keupayaannya menyerap bergantung kepada jarak-jarak gelombang (dinamakan serapan terpilih).
-Daripada 100% sinaran suria, 36% akan dibalikan/albedo oleh sistem bumi-atmosfera. dan 64% akan dipancarkan ke bumi.
-Daripada 64% pula akan diserap 2% oleh ozon khasnya sinar ultra ungu.
-62% akan melepasi ozon dan sebahagiannya akan diserap oleh wap air, habuk, debu, karbon dioksida dan juga awan sebanyak 15%. Hanya 47% akan sampai ke permukaan bumi.

3. PROSES PANTULAN / BALIKAN
-Bahangan matahari apabila terkena partikel akan dipantulkan semula ke angkasa secara menegak (vertikal).
-Proses balikan banyak dilakukan oleh partikel berwarna cerah seperti manik hujan, titisan air dalam awan, hablur ais dalam awan yang tinggi.
-Proses pantulan mempengaruhi keamatan cahaya contohnya jika kadar pantulan tinggi langit kelihatan gelap.
-Elemen utama membalikkan sinar suria ialah awan . Semakin tebal awan semakin tinggi kadar pembalikan.

4.PROSES ALBEDO
-Albedo ditakrifkan sebagai darjah keputihan atau kecerahan sesuatu permukaan bumi, juga berkait rapat dengan proses pantulan.
- tidak semua sinar suria yang tiba di bumi akan diserap dan diguna oleh hidupan, sebahagiannya akan dipantulkan pula oleh permukaan bumi secara langsung.
-Semakin cerah sesuatu permukaan bumi maka semakin tinggi jumlah sinaran matahari yang akan dipantulkan.
-Albedo sebenarnya nisbah antara cahaya yang dipantulkan dengan cahaya yang diterima oleh permukaan bumi.
-Nilai albedo berbeza antara tempat bergantung kepada sifat permukaan bumi di kawasan berkenaan.

           Kadar albedo permukaan bumi
Jenis permukaan                                                          %pantulan
Awan stratus 1000-2000kaki tebal                                  59-84     
Hutan tropika                                                                     21
Gurun                                                                                 28
Jalan( permukaan hitam)                                                    5-10
Salji (baru turun)                                                               75-70

Jumaat, 19 Oktober 2012

TIME AND SPACE


TIME AND SPACE 
GEOGRAFI FIZIKAL

Melihat kepada 4 tema utama iaitu

A) Litosfera
B) Biosfera
C) Atmosfera
D) Hidrosfera


              1- Atmosfera
              Atmosfera merupakan lapisan udara di sekeliling bumi. Ketebalannya dianggarkan melebihi 1000 km. dan udara yang terdapat dalam atmosfera terdiri daripada beberapa jenis gas. Antaranya Nitrogen(78%), Oksigen(21%), Karbon Dioksida(0.03%), dan selebihnya merupakan gas-gas nadir dan lain-lain. Selain daripada gas, atmosfera juga mengandungi wap-wap air, asap, partikel-partikel terampai seperti debu, habuk, jelaga dan lain-lain.
Selain itu, 75% daripada udara ini terletak di bawah lapisan bawah atmosfera iaitu 16- 20 km dari permukaan bumi. Malah, Atmosfera dapat dibahagi-bahagikan kepada beberapa lapisan iaitu, lapisan Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Ionosfera dan Ekosfera.

2-Hidrosfera
Komponen Hidrosfera merupakan semua bahagian bumi yang mengandugi air seperti tasik, paya, kolam, sungai, dan laut. Kira-kira 70% daripada keseluruhan permukaan bumi merupakan komponen hidrosfera dan daripada jumlah tersebut sebanyak 97.2% terdiri daripada air masin dan hanya 2.8% merupan air tawar.
Lautan merupakan komponen terpenting dalam Hidrosfera serta mempunyai fungsi yang penting dalam sistem bumi seperti membekalkanair hujan, menyederhanakan suhu sekitar, mewujudkan ekosistem maritim dan lain-lain. Malah, perubahan yang berlaku oleh unsur lautan akan mempengaruhi mahupun mengubah komponen sistem yang lain. Sebagai contoh, apabila suhu aras laut meningkat maka sistem atmosfera, tiupan angin dari laut ke daratan menjadi lemah, hujan menjadi semakin berkurangan dan menyebabkan cuaca menjadi semakin panas.

3-Litosfera
Litosfera ataupun kerak bumi merupakan lapisan luar bumi yang sangat pejal. Sebahagian daripada Litosfera terdedah sebagai daratan yang membentuk benua dan pulau. Daratan ini pula meliputi 29% daripada permukaan bumi dan Litosfera juga membentuk dasar laut. Ketebalan Litosfera berbaza-beza iaitu kurang dari 5 km di bahagian dasar laut dan lebih daripada 50km di bahagian daratan.
Terdapat pelbagai konfigurasi atau kepelbagaian bentuk muka bumi seperti gunung, lurah, jurang, sungai, delta, pulau, dan sebagainya. Komposisi utama Litosfera adalah batu- batuan yang terdiri daripada pelbagai jenis seperti batuan igneus, enapan dan metamorphosis. Batuan-batuan ini pula terdiri daripada pelbagai sifat kimia dan fizikal yang menyebabkan keanekan rupa muka di litosfera.
Litosfera sangat penting sebagai tempat untuk hidupan di muka bumi. Litosfera menjadi habitat semula jadi. Selain itu tanih yang terdapat di Litosfera amat penting kepada manusia untuk menjalankan segala aktiviti manusia seperti petempatan, pertanian dan sebagainya.

4-Biosfera
Komponen Biosfera merupakan bahagian di kerak bumi dan atmosfera yang dihuni oleh hidupan seperti manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, mikroorganisma termasuklah bacteria, protozoa, spora dan lain-lain lagi. Komponen-komponen ini boleh dipecahkan kepada ekosistem-ekosistem tertentu samaada pada skala mikro atau makro. Pada setiap ekosistem berkenaan terdapatnya unsure biotik dan abiotik yang saling berinteraksi antara satu sama lain.
Selain berfungsi sebagai ekosistem, Komponen Biosfera juga menjadi tempat tinggal mahupun habitat untuk segala hidupan, membekalkan sumber makanan dan kaya dengan sumber kepelbagaian biologi(biodiversity), sepsis flora dan fauna. Dan pada masa yang sama Komponen Biosfera ini mempengaruhi komponen-komponen sistem bumi yang lain. Komponen Biosfera juga amat penting kepada manusia sebagai penyedia Oksigen yang datangnya dari fotosintesis tumbuhan, sebagai sumber makanan, sumber perubatan, menjadi tempat tempat simpanan air atau kawasaaan tadahan, sumber ekoperlancongan dan sebagainya.




LIMA TEMA GEOGRAFI MANUSIA

1-LOKASI
       Lokasi di sini merujuk kepada sifat sesebuah tempat. Titik mula untuk semua kajian geografi dan tindakan spatial/ ruang. Selain itu lokasi juga turut menggambarkan dimana kita berada. Lokasi terbahagi kepada dua iaitu lokasi mutlak dan lokasi relatif.

2-Tempat (perspektif)
     Sesuatu tempat di permukaan bumi memiliki ciri-ciri budaya dan sifat-sifat fizikalnya tersendiri. Satu tujuan geografi ialah untuk mengkaji sifat-sifat istimewa dan makna sesuatu tempat. Pemahaman manusia terhadap diversiti berakar umbi pada tempat, jadi konsep ini penting untuk membawa pengalaman manusia ke dalam gambaran geografi.
    Menggambarkan ciri-ciri yang terdapat di sesuatu tempat iaitu ciri fizikal dan ciri manusia. Ciri fizikal di sini melihat kepada keadaan fizikal di sesuatu tempat  seperti bukit, sungai, hutan,tanah. Komponen ini adalah senang bagi menggambarkan kedudukan sesuatu tempat dan ia mudah dikenali. Dalam ciri fizikal ini jug melihat kepada manusia berhubung dengan alam sekitar fizikal dalam membentuk landskap.Ciri fizikal ini penting bagi mengambarkan tempat bagi sesuatu kawasan. Contohnya Bandar Kota Bharu terletak berhampiran Sungai Kelantan. 

     Bagi ciri manusia pula,dilihat berdasarkan budaya, tempat kerja, bahasa, adat dan kepercayaan, politik , ekonomi dan lain-lain.


3-Interaksi antara manusia – alam sekitar
    Dalam tema tiga ini melihat bagaimana kaitan antara manusia dan alam sekitar, di samping itu melihat juga kepada bagaimana manusia dan alam sekitar  memberi kesan kepada manusia dan alam sekitar. Terdapat dua konsep utama yang dapat menjelaskan dengan lebih lanjut lagi tentang perhubungan yang wujud anatara manusia dan alam sekitar iaitu environmental determinism dan environmental possibilism.

4-Pergerakan
     Merujuk kepada pergerakan dari satu tempat ke tempat lain, terdapat tiga pergerakan utama di sini iaitu pergerakan manusia, maklumat atau idea dan barangan.  Bila ada pergerakan akan ada perubahan dalam kedudukan dan tempat. Pergerakan boleh berlaku dalam konteks local dan global dan juga boleh berlaku dalam kehidupan seharian, selain itu pergerakan manusia juga menghasilkan aktiviti keruangan di sesuatu kawasan, dengan adanya aktiviti yang dijalankan ini  sebahagian manusia mempunyai rutin harian yang memerlukan mereka bergerak dalam seharian iaitu bergerak di sekitar ruang aktiviti.



5-Kewilayahan
   Wilayah boleh didefinisikan sebagai satu kawasan alam sekitar fizikal yang mempunyai persamaan rupa bentuk serta di dalamnya berlaku proses pembangunan fizikal yang berkaitan dengan kehidupan manusia dan membentuk satu keseragaman ekonomi dan struktur sosial. Boleh kelompokan tempat berdasarkan ciri-ciri yang seragam wujud antara wilayah dan kesalingbergantungan antara wilayah. Terdapat tiga bentuk wilayah iaitu
1-wilayah formal
2-wilayah berfungsi
3-wilayah vernacular












APA ITU GEOGRAFI????


WHAT IS GEOGRAPHY ?
·         Geography (from greek-geographia), geo- is the study of the earth and graphia- story about earth example its lands, features, inhabitants, and phenomena.
·         Geography is unique in bridging the social sciences( human geography) with the natural sciences (physical geography)
·         The study of the characteristics and phenomena of the earth’s surface that relate directly to ar are due to human activities
·         the study of the physical world, its inhabitants, the interaction between the two, and  the patterns and systems involved.
·         the study of relationships between humans and their environment by emphasizing a spatial and environmental perspective at a variety of scales.
·         a spatial discipline,it is a perspective that seeks to understand patterns on Earth  and the processes that created them.
·         the study of humans interacting with their environment including the physical  environment, the built environment and socially constructed spaces;  and
·         a spatial perspective of all human and physical phenomena.
Geography branch
1- physical geography
·         Physical Geography' is the natural features of our environment.
2- human geography
·       Human geography (sometimes called Cultural geography) considers all human aspects.

WHAT IS PHYSICAL GEOGRAPHY ?
·         Physical geography is a sub-discipline of two much large fields of study, geography and earth science.
·         Physical geography (also know as geosystem or physiography) is one of the two major subfield of geography, as opposed to the cultural and built environment the domain of human geography.
·         The main purpose of physical geography is to explain the spatial characteristics of the various natural phenomena associated with the earth hydrosphere, biosphere,atmosphere, and lithosphere.
·        Physical geography is the study of the physical features of Earth's surface. For example, we can study how volcanoes, V-shaped valleys or waterfalls are formed.
·        Physical geography is the natural features of our environment. E.g- mountain, rainforests,lakes, seas, and oceans.
WHAT IS HUMAN GEOGRAPHY
·        Human geography (sometimes called Cultural geography) considers all human aspects (immigration, demographics, culture, farming, health, industry, etc).
·         human geography focuses on how we make places, how we organize space and society, how we interact with each other in places and across space, and how we make sense of others and ourselves in our locality, region, and world.
·         Human geography places human in their physical setting it studies their relationship with that environment as well as their conscious activities and continuous progress in adapting themselves to it (and to other human) and in transforming their environment to their need.
·         Human geography is features, building or structure made by human. Example include houses, towns, cities, some forests, roads, footpath and shops.