Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 24 Disember 2012

Banjir di Kelantan 25/12/2012

Kedudukan kelantan yang terletak di kawasan  menghadap Laut China Selatan menyebabkan kelantan menerima intensiti hujan yang lebat akibat daripada Monsun Timur Laut.

kedudukan semasa banjir di kelantan

Lalu-lintas yang ditutup di negeri Kelantan

Mangnitud kejadian banjir yang diramalkan adalah besar berbanding tahun-tahun kebelakangan ini. hal ini kerana terdapat peningkatan paras air yang mendadak di kedua-dua lembangan iaitu L.sg Kelantan dan L. sg Golok.

Laporan Kaji Cuaca di Semenanjung Malaysia

Dengan kemajuan yang dicapai dalam bidang sains dan teknologi, terdapat pengggunaan alat untuk melihat keadaan cuaca di sesuatu tempat.

Laporan JMM jabatan meteorology malaysia umpamanya telah menggunakan aplikasi Radar untuk melihat keadaan cuaca di Malaysia umumnya.

Tahapan hujan sekitar 24/25 disember 2012 JMM

Keadaan ini disokong pula dengan melihat kepada imej di bawah

Rainfall intensity estimation JMM

Hujan yang membadai kawasan pantai timur semenanjung termasuk Johor adalah disebabkan oleh luruan sejuk yang bertekanan tinggi dari Siberia High telah turun melalui negara China dan membawa bersama awan2 hujan sepanjang melalui Laut China Selatan.


Fenomena banjir di lembangan sungai Kelantan

Mungkin Malaysia tidak berada dalam lingkaran api Pasifik, tetapi, ia tidak memungkinkan Malaysia terlepas daripada bencana alam lain umpamanya tanah runtuh, banjir, tsunami dan lain-lain.

Saban tahun malaysia menerima dua perbezaan angin yang berubah di rantau ini iaitu

1-Monsun Timur Laut (Nov-Februari)
2-Monsun Barat Daya (April- September)

 Bulan Mac dan Oktober merupakan peralihan monsun.

Lembangan sungai kelantan merupakan salah satu kawasan yang di diami oleh manusia. seperti yang kita tahu, jika sesuatu bencana tidak mengenai manusia ia tidak dianggap bahaya tetapi ia lebih di lihat sebagai ancaman (vulnerability).

Lembangan Sungai Kelantan
Hujan yang berterusan selama lebih daripada 10 hari telah mendatangkan banyak masalah kepada penduduk yang tinggal di kawasan lembah/ dataran banjir di kelantan.

Seperti yang direkodkan oleh Jabatan Pengairan dan saliran melalui portal e-banjir, pada 25/12/2012, mangsa pemindahan akibat banjir semakin meningkat bagi setiap daerah di kelantan.

Paras air sungai juga semakin melewati dan melebihi paras amaran bahaya iaitu.

kemaskini 25/12/2012 Jps

Rabu, 21 November 2012

Remote sensing in Geography

remote sensing merupakan salah satu teknologi yang diguna pakai oleh bidang geografi bagi mengesan sesuatu perubahan bagi lokasi tertentu mengikut ruang dan masa.



Ahad, 11 November 2012

GEOGRAFI BUDAYA


GEOGRAFI BUDAYA

Peranan budaya dalam geografi manusia
          Bagi seorang saintis sosial pula, ia merupakan pola perilaku ,fahaman, penyesuaian, dan sistem sosial yang khusus kepada sesuatu masyarakat. Bukti- bukti yang boleh dilihat atau tidak – bangunan, pola pertanian, bahasa, organisasi politik dan sebagainya kesemuanya merupakan sebahagian dari pelbagaian spatial yang dikaji oleh geografi manusia. Melalui  masa perbezaan budaya ini boleh menimbulkan sesuatu perbezaan besar seperti antara pemburu zaman batu dengan penduduk Amerika moden. Perbezaan budaya antara kawasan boleh menyebabkan pandang darat manusia yang berbeza sedikit sahaja contohnya kawasan luar bandar India dengan kawasan New York di Amerika Syarikat. Ciri- ciri budaya menggambarkan kesatuan sesuatu masyarakat lain ia juga melihat kepada ruangan penduduk.


BUDAYA
         Budaya adalah sesuatu yang dikaitkan dengan penduduk bagi menggambarkan identity kepada komuniti tersebut. Selain itu, budaya juga untuk memenuhi keperluan diri sendiri seperti pakaian, makanan, tempat tinggal. Budaya juga berkait dengan amalan dan cara hidup manusia. Budaya adalah perilaku yang dipelajari dan diturunkan atau mewarisi melalui meniru, arahan dan contoh. Budaya bersifat relatif kerana budaya boleh berubah dan boleh pindah budaya dari satu budaya ke budaya lain. Contohnya, pembuatan kek di Eropah menggunakan mentega tetapi bila masuk ke Malaysia menjadi kek lapis.
         Apabila kita melakukan sesuatu dalam seharian ia di panggil budaya “ways of life”. Contohnya kebiasaan malam tidur, siang kerja, dan sebaliknya. Kumpulan budaya sekumpulan penduduk yang berkongsi identiti, kepercayaan, cara hidup, pekerjaan yang sama. Contohnya kaum Melayu, Cina dan India. Terdapat  perbezaan budaya antara petani Sikh yang berada di Punjab dengan peguam Sikh di London. Terdapat tiga unsur utama dalam budaya: Pertama ideologi berkait dengan mental iaitu bahasa, kepercayaan, agama,  dan moral. Kedua material iaitu pakaian, rumah, jenis pokok yang ditanam. Contohnya orang Cina tinggal di rumah kedai, orang Melayu di kawasan kampung, dan orang India tinggal di kawasan estet.
Komponen budaya
         Budaya dipindahkan ke generasi yang baru melalui tiruan, pengajaran dan melalui contoh. Budaya adalah bersifat relatif , kerana bidang boleh berubah dan boleh pindah budaya iaitu dari satu bidang ke satu bidang lain. Setiap budaya mempunyai satu struktur sosial iaitu satu rangka peranan dan perhubungan antara individu dan kumpulan-kumpulan. Budaya adalah kompleks dan salah faham timbul sekiranya ia dipandang dari beberapa aspek sahaja.
1. Ciri budaya – merupakan item budaya yang terkecil merangkumi unsur-unsur budaya seperti bahasa, wilayah, makanan, pakaian, seni muzik dan aktiviti keagamaan.
2. Kompleks budaya- yang dibentuk dari beberapa ciri budaya yang berkaitan dari segi fungsi contohnya, menternak adalah ciri bagi puak Masai. Ciri lain yang berkaitan adalah seperti mengukur kekayaan melalui bilangan ternakan, makan susu dan darah ternakan.
3. Wilayah budaya- ciri dan komplek berkaitan yang diletakkan. Bahagian dunia yang didiami oleh penduduk yang menunjukkan ciri-ciri budaya dan distinif dan mudah dikenal pasti contohnya agama, jenis kegiatan ekonomi dan jenis rumah.
4. Alam budaya (culture realm)- merupakan satu set wilayah dan pandang darat yang disatukan. Istilah ini menunjukkan bahawa sebahagian besar permukaan bumi menunjukkan keseragaman dalam ciri budaya ataupun perbezaan yang nyata dengan alam budaya yang lain.

Interaksi manusia dengan alam sekitar
       Setiap budaya akan berkembang dalam alam sekitar fizikal tertentu. Terdapat dua konsep alam sekitar dan manusia iaitu environmental determinism dan environmental possibilism. Bagi environmental determinism- kepercayaan bahawa alam sekitar fizikal yang menentukan bentuk tindakan manusia dan fikiran manusia. Manusia memenuhi keperluan biologi yang bergantung sepenuhnya terhadap alam sekitar seperti pakaian, makanan, dan tempat tinggal. Dalam konteks ini alam sekitar yang mempengaruhi budaya masyarakat.
         Environmental possibilism pula dilihat- pandangan bahawa manusia dan bukan alam sekitar fizikal yang merupakan kuasa dinamik dalam mempengaruhi perkembangan budaya.pertambahan terhadap keperluan, tradisi dan tahap teknologi sesuatu budaya mempengaruhi bagaimana sesuatu budaya itu menilaikan potensi sesuatu kawasan dan menentukan pilihan-pilihan budaya itu. Contohnya pokok digunakan untuk membina rumah berasaskan budaya masing-masing.

Diffusi budaya (rebakan budaya)
       Sesuatu budaya itu merupakan campuran (amalgams) berjenis-jenis inovasi yang telah berkembang secara spatial dari titik asalnya dan diintegrasikan ke dalam struktur masyarakat yang menerimanya. Lebih kurang 10% dari item budaya sesuatu masyarakat dicipta dalam masyarakat itu sendiri dan yang lain diperolehi melalui diffusi. Satu proses bagaimana sesuatu idea atau inovasi dipindahkan dari seorang individu atau kumpulan kepada yang lain.



Terdapat 2 jenis diffusi
1- Diffusi berkembang- maklumat tentang sesuatu inovasi disebarkan melalui periklanan, kerana pengaruh imigran atau pemilik inovasi. Apa yang disebarkan masih  kekal ditempat asal dan mungkin diperkembangkan lagi. Contohnya diffusi tentang agama Islam dari Arab.
       Kalau diffusi ini berlaku secara seragam ia digelarkan sebagai jenis ‘contagious’ (berjangkit). Terdapat juga hierarchical diffusion- perpindahan ini boleh berlaku ke arah atas atau ke bawah dalam hierarki.
2- Relocation diffusion-manusia mberpindah dan membawa bersama budaya mereka. innovasi itu diangkut atau dibawa kepada kawasan baru oleh imigran atau penduduk yang mempunyainya seperti cara agama berkembang. Contohnya  penduduk Eropah ke USA bermula pada abad ke 16 perpindahan untuk mencari peluang pekerjaan dan sebagai pelarian.


HUKUM RAVESTEIN- MIGRATION



         Mobiliti di sini melihat kepada kebolehgerakan penduduk dari satu tempat ke satu tempat lain. Boleh berlaku dalam konteks global dan local serta berlaku dalam kehidupan seharian. Mobiliti  terbahagi kepada dua, iaitu mobiliti besar melibatkan peringkat lebih besar contohnya melancong, dan mobiliti kecil melibatkan pergerakan kecil seperti perjalanan ke tempat kerja.
Pergerakan pula terbahagi kepada tiga iaitu

1-Pergerakan berkitar
2-Pergerakan berkala
3-Migrasi

        Pergerakan berkitar atau cyclic movement mempunyai laluan yang tertutup iaitu ‘ bila pergi akan balik’ dalam jangka masa sehari. Contohnya orang pergi untuk beriadah, orang nomad, dan perjalanan ke kuliah setiap hari. Pergerakan berkala  melihat kepada pergerakan meninggalkan kediaman dengan jangka waktu lebih lama. Contohnya pergerakan untuk bekerja, penggembala, dan perkhidmatan tentera. Migrasi bermaksud pertukaran tempat tinggal sama ada scara individu, isi rumah dan secara berkumpulan ke lokasi baru di luar lokasi asal dengan tujuan-tujuan tertentu akan melibatkan perubahan tempat tinggal. Pergerakan penduduk akan membawa kepada interaksi, terdapat  dua bentuk untuk melihat migrasi pertama dari segi mobiliti dan kedua dari segi pergerakan.



 MIGRATION IN THE WORLD

Terdapat faktor tarikan dan tolakan bagi migrasi, antaranya ialah:
Tarikan
1-peluang pekerjaan
2-dasar kerajaan
3-kestabilan politik
4-peluang pendidikan
Tolakan
1-kadar pengangguran tinggi
2peperangan
3-ketidakcukupan tanah
4-bencana alam

Migrasi terbahagi kepada dua iaitu: migrasi sukarela (voluntary migration)  dan migrasi paksa     ( forced migration).
    Migrasi sukarela berlaku apabila penduduk memilih untuk keluar dari tempat asal. Pada asasnya migran itu percayai bahawa peluang dan keadaan hidup ditempat baru adalah lebih cerah di destinasi baru. Ia dipengaruhi oleh faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan interaksi spatial. Bagi migrasi paksa pula, keputusan penempatan semula adalah dibuat mereka selain migran itu sendiri, ia bertentangan dengan migrasi sukarela. Contohnya hamba,  negara peperangan.
Pemerhatian-pemerhatian sedemikian telah disimpulkan oleh E.G.Ravenstein (1834-1913) sebagai satu siri “Law of Migration”.  Antara Hukum Ravenstein tentang migrasi adalah:
1- Kebanyakan migran berpindah jarak pendek sahaja.
2- Migrasi jauh mengutamakan destinasi bandar besar.
3- Kebanyakan migrasi berlaku langkah demi langkah.
4- Kebanyakan migrasi adalah dari luar bandar ke bandar ( rural-urban).
5- Setiap aliran migrasi menyebabkan aliran bertentangan.
6- Kebanyakan migran adalah dewasa- keluarga jarang berpindah ke destinasi antarabangsa.
7- Kebanyakan migrasi antarabangsa adalah lelaki muda, perempuan migrasi dalam
     Negara sendiri                                      
8-Penduduk luar bandar lebih ramai berhijrah.
9-Faktor ekonomi sebagai punca utam penghijrahan.
10-Migrasi meningkatkan pembangunan ekonomi.
11-Migrasi menyebabkan perkembangan bandar berbanding pertambahan penduduk semulajadi.

        Pada hukum yang ke 6 dan 7 menunjukkan pentingnya peranan attribut dan sikap individu iaitu dari segi umur,jantina , pendidikan, dan status ekonomi. Migrasi adalah satu proses selektif. Dalam kebanyakkan masyarakat , penduduk dewasa muda adalah yang menunjukkan mobiliti tinggi. Tetapi, pendapat ravenstein bahawa lelaki yang mendominasikan migrasi adalah tidak begitu benar pada masa ini. Perempuan sekarang merupakan separuh daripada migran.
      Migran perempuan digalakkan khususnya oleh tarikan dan penolak ekonomi. Kajian di Asia Tenggara dan Amerika Latin menunjukkan bahawa 50-70% berpindah kerana mencari pekerjaan dan berpindah semasa dalam umur remaja.

Jumaat, 9 November 2012

GEOGRAFI PETEMPATAN DAN DESA

Geografi petempatan dan desa


Gambar: kawasan petempatan felda



Geografi petempatan dibahagikan kepada dua iaitu;

  • petempatan desa 
  • petempatan bandar
-Ptempatan desa merupakan kajian tentang---- ruang, fungsi dan hidup manusia yang telah wujud sejak zaman pra sejarah. ia merupakan asas kepada semua kajian geografi dan pemikiran geografi.

-geografi petempatan pula berkait dgn kajian tentang bentuk pandang darat budaya. merupakan satu sains yang berkait dengan kajian sistematik tentang ciri penempatan di ruang yang berbeza kerana tindakan manusia

-Doxiadis menggunakan perkataan ekistics- sains petempatan ( science of settlement)

SKOP KAJIAN GEOGRAFI PETEMPATAN DESA

(i)       keperluan fizikal untuk perumahan, kerja, komunikasi
(II)     perkhidmatan pendidikan, kesihatan
(iii)     sistem " territorial organization", pentadbiran, pengurusan ekonomi
(iv)     kemudahan budaya