GEOGRAFI BUDAYA
Peranan
budaya dalam geografi manusia
Bagi seorang saintis sosial pula, ia
merupakan pola perilaku ,fahaman, penyesuaian, dan sistem sosial yang khusus
kepada sesuatu masyarakat. Bukti- bukti yang boleh dilihat atau tidak – bangunan,
pola pertanian, bahasa, organisasi politik dan sebagainya kesemuanya merupakan
sebahagian dari pelbagaian spatial yang dikaji oleh geografi manusia.
Melalui masa perbezaan budaya ini boleh
menimbulkan sesuatu perbezaan besar seperti antara pemburu zaman batu dengan
penduduk Amerika moden. Perbezaan budaya antara kawasan boleh menyebabkan
pandang darat manusia yang berbeza sedikit sahaja contohnya kawasan luar bandar
India dengan kawasan New York di Amerika Syarikat. Ciri- ciri budaya
menggambarkan kesatuan sesuatu masyarakat lain ia juga melihat kepada ruangan
penduduk.
BUDAYA
Budaya adalah sesuatu yang dikaitkan
dengan penduduk bagi menggambarkan identity kepada komuniti tersebut. Selain
itu, budaya juga untuk memenuhi keperluan diri sendiri seperti pakaian,
makanan, tempat tinggal. Budaya juga berkait dengan amalan dan cara hidup
manusia. Budaya adalah perilaku yang dipelajari dan diturunkan atau mewarisi
melalui meniru, arahan dan contoh. Budaya bersifat relatif kerana budaya boleh
berubah dan boleh pindah budaya dari satu budaya ke budaya lain. Contohnya,
pembuatan kek di Eropah menggunakan mentega tetapi bila masuk ke Malaysia
menjadi kek lapis.
Apabila
kita melakukan sesuatu dalam seharian ia di panggil budaya “ways of life”.
Contohnya kebiasaan malam tidur, siang kerja, dan sebaliknya. Kumpulan budaya
sekumpulan penduduk yang berkongsi identiti, kepercayaan, cara hidup, pekerjaan
yang sama. Contohnya kaum Melayu, Cina dan India. Terdapat perbezaan budaya antara petani Sikh yang
berada di Punjab dengan peguam Sikh di London. Terdapat tiga unsur utama dalam
budaya: Pertama ideologi berkait dengan mental iaitu bahasa, kepercayaan,
agama, dan moral. Kedua material iaitu
pakaian, rumah, jenis pokok yang ditanam. Contohnya orang Cina tinggal di rumah
kedai, orang Melayu di kawasan kampung, dan orang India tinggal di kawasan
estet.
Komponen budaya
Budaya
dipindahkan ke generasi yang baru melalui tiruan, pengajaran dan melalui
contoh. Budaya adalah bersifat relatif , kerana bidang boleh berubah dan boleh
pindah budaya iaitu dari satu bidang ke satu bidang lain. Setiap budaya
mempunyai satu struktur sosial iaitu satu rangka peranan dan perhubungan antara
individu dan kumpulan-kumpulan. Budaya adalah kompleks dan salah faham timbul
sekiranya ia dipandang dari beberapa aspek sahaja.
1.
Ciri budaya – merupakan item budaya yang terkecil merangkumi unsur-unsur budaya
seperti bahasa, wilayah, makanan, pakaian, seni muzik dan aktiviti keagamaan.
2.
Kompleks budaya- yang dibentuk dari beberapa ciri budaya yang berkaitan dari
segi fungsi contohnya, menternak adalah ciri bagi puak Masai. Ciri lain yang
berkaitan adalah seperti mengukur kekayaan melalui bilangan ternakan, makan
susu dan darah ternakan.
3.
Wilayah budaya- ciri dan komplek berkaitan yang diletakkan. Bahagian dunia yang
didiami oleh penduduk yang menunjukkan ciri-ciri budaya dan distinif dan mudah
dikenal pasti contohnya agama, jenis kegiatan ekonomi dan jenis rumah.
4.
Alam budaya (culture realm)- merupakan satu set wilayah dan pandang darat yang
disatukan. Istilah ini menunjukkan bahawa sebahagian besar permukaan bumi menunjukkan
keseragaman dalam ciri budaya ataupun perbezaan yang nyata dengan alam budaya
yang lain.
Interaksi manusia dengan alam sekitar
Setiap budaya akan berkembang dalam alam
sekitar fizikal tertentu. Terdapat dua konsep alam sekitar dan manusia iaitu
environmental determinism dan environmental possibilism. Bagi environmental
determinism- kepercayaan bahawa alam sekitar fizikal yang menentukan bentuk
tindakan manusia dan fikiran manusia. Manusia memenuhi keperluan biologi yang
bergantung sepenuhnya terhadap alam sekitar seperti pakaian, makanan, dan
tempat tinggal. Dalam konteks ini alam sekitar yang mempengaruhi budaya
masyarakat.
Environmental
possibilism pula dilihat- pandangan bahawa manusia dan bukan alam sekitar
fizikal yang merupakan kuasa dinamik dalam mempengaruhi perkembangan
budaya.pertambahan terhadap keperluan, tradisi dan tahap teknologi sesuatu
budaya mempengaruhi bagaimana sesuatu budaya itu menilaikan potensi sesuatu
kawasan dan menentukan pilihan-pilihan budaya itu. Contohnya pokok digunakan
untuk membina rumah berasaskan budaya masing-masing.
Diffusi budaya (rebakan budaya)
Sesuatu budaya itu merupakan campuran
(amalgams) berjenis-jenis inovasi yang telah berkembang secara spatial dari
titik asalnya dan diintegrasikan ke dalam struktur masyarakat yang menerimanya.
Lebih kurang 10% dari item budaya sesuatu masyarakat dicipta dalam masyarakat
itu sendiri dan yang lain diperolehi melalui diffusi. Satu proses bagaimana
sesuatu idea atau inovasi dipindahkan dari seorang individu atau kumpulan
kepada yang lain.
Terdapat
2 jenis diffusi
1-
Diffusi berkembang- maklumat tentang sesuatu inovasi disebarkan melalui
periklanan, kerana pengaruh imigran atau pemilik inovasi. Apa yang disebarkan
masih kekal ditempat asal dan mungkin
diperkembangkan lagi. Contohnya diffusi tentang agama Islam dari Arab.
Kalau diffusi ini berlaku secara seragam
ia digelarkan sebagai jenis ‘contagious’ (berjangkit). Terdapat juga
hierarchical diffusion- perpindahan ini boleh berlaku ke arah atas atau ke
bawah dalam hierarki.
2-
Relocation diffusion-manusia mberpindah dan membawa bersama budaya mereka.
innovasi itu diangkut atau dibawa kepada kawasan baru oleh imigran atau
penduduk yang mempunyainya seperti cara agama berkembang. Contohnya penduduk Eropah ke USA bermula pada abad ke
16 perpindahan untuk mencari peluang pekerjaan dan sebagai pelarian.
penipu
BalasPadam