Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 21 November 2012

Remote sensing in Geography

remote sensing merupakan salah satu teknologi yang diguna pakai oleh bidang geografi bagi mengesan sesuatu perubahan bagi lokasi tertentu mengikut ruang dan masa.



Ahad, 11 November 2012

GEOGRAFI BUDAYA


GEOGRAFI BUDAYA

Peranan budaya dalam geografi manusia
          Bagi seorang saintis sosial pula, ia merupakan pola perilaku ,fahaman, penyesuaian, dan sistem sosial yang khusus kepada sesuatu masyarakat. Bukti- bukti yang boleh dilihat atau tidak – bangunan, pola pertanian, bahasa, organisasi politik dan sebagainya kesemuanya merupakan sebahagian dari pelbagaian spatial yang dikaji oleh geografi manusia. Melalui  masa perbezaan budaya ini boleh menimbulkan sesuatu perbezaan besar seperti antara pemburu zaman batu dengan penduduk Amerika moden. Perbezaan budaya antara kawasan boleh menyebabkan pandang darat manusia yang berbeza sedikit sahaja contohnya kawasan luar bandar India dengan kawasan New York di Amerika Syarikat. Ciri- ciri budaya menggambarkan kesatuan sesuatu masyarakat lain ia juga melihat kepada ruangan penduduk.


BUDAYA
         Budaya adalah sesuatu yang dikaitkan dengan penduduk bagi menggambarkan identity kepada komuniti tersebut. Selain itu, budaya juga untuk memenuhi keperluan diri sendiri seperti pakaian, makanan, tempat tinggal. Budaya juga berkait dengan amalan dan cara hidup manusia. Budaya adalah perilaku yang dipelajari dan diturunkan atau mewarisi melalui meniru, arahan dan contoh. Budaya bersifat relatif kerana budaya boleh berubah dan boleh pindah budaya dari satu budaya ke budaya lain. Contohnya, pembuatan kek di Eropah menggunakan mentega tetapi bila masuk ke Malaysia menjadi kek lapis.
         Apabila kita melakukan sesuatu dalam seharian ia di panggil budaya “ways of life”. Contohnya kebiasaan malam tidur, siang kerja, dan sebaliknya. Kumpulan budaya sekumpulan penduduk yang berkongsi identiti, kepercayaan, cara hidup, pekerjaan yang sama. Contohnya kaum Melayu, Cina dan India. Terdapat  perbezaan budaya antara petani Sikh yang berada di Punjab dengan peguam Sikh di London. Terdapat tiga unsur utama dalam budaya: Pertama ideologi berkait dengan mental iaitu bahasa, kepercayaan, agama,  dan moral. Kedua material iaitu pakaian, rumah, jenis pokok yang ditanam. Contohnya orang Cina tinggal di rumah kedai, orang Melayu di kawasan kampung, dan orang India tinggal di kawasan estet.
Komponen budaya
         Budaya dipindahkan ke generasi yang baru melalui tiruan, pengajaran dan melalui contoh. Budaya adalah bersifat relatif , kerana bidang boleh berubah dan boleh pindah budaya iaitu dari satu bidang ke satu bidang lain. Setiap budaya mempunyai satu struktur sosial iaitu satu rangka peranan dan perhubungan antara individu dan kumpulan-kumpulan. Budaya adalah kompleks dan salah faham timbul sekiranya ia dipandang dari beberapa aspek sahaja.
1. Ciri budaya – merupakan item budaya yang terkecil merangkumi unsur-unsur budaya seperti bahasa, wilayah, makanan, pakaian, seni muzik dan aktiviti keagamaan.
2. Kompleks budaya- yang dibentuk dari beberapa ciri budaya yang berkaitan dari segi fungsi contohnya, menternak adalah ciri bagi puak Masai. Ciri lain yang berkaitan adalah seperti mengukur kekayaan melalui bilangan ternakan, makan susu dan darah ternakan.
3. Wilayah budaya- ciri dan komplek berkaitan yang diletakkan. Bahagian dunia yang didiami oleh penduduk yang menunjukkan ciri-ciri budaya dan distinif dan mudah dikenal pasti contohnya agama, jenis kegiatan ekonomi dan jenis rumah.
4. Alam budaya (culture realm)- merupakan satu set wilayah dan pandang darat yang disatukan. Istilah ini menunjukkan bahawa sebahagian besar permukaan bumi menunjukkan keseragaman dalam ciri budaya ataupun perbezaan yang nyata dengan alam budaya yang lain.

Interaksi manusia dengan alam sekitar
       Setiap budaya akan berkembang dalam alam sekitar fizikal tertentu. Terdapat dua konsep alam sekitar dan manusia iaitu environmental determinism dan environmental possibilism. Bagi environmental determinism- kepercayaan bahawa alam sekitar fizikal yang menentukan bentuk tindakan manusia dan fikiran manusia. Manusia memenuhi keperluan biologi yang bergantung sepenuhnya terhadap alam sekitar seperti pakaian, makanan, dan tempat tinggal. Dalam konteks ini alam sekitar yang mempengaruhi budaya masyarakat.
         Environmental possibilism pula dilihat- pandangan bahawa manusia dan bukan alam sekitar fizikal yang merupakan kuasa dinamik dalam mempengaruhi perkembangan budaya.pertambahan terhadap keperluan, tradisi dan tahap teknologi sesuatu budaya mempengaruhi bagaimana sesuatu budaya itu menilaikan potensi sesuatu kawasan dan menentukan pilihan-pilihan budaya itu. Contohnya pokok digunakan untuk membina rumah berasaskan budaya masing-masing.

Diffusi budaya (rebakan budaya)
       Sesuatu budaya itu merupakan campuran (amalgams) berjenis-jenis inovasi yang telah berkembang secara spatial dari titik asalnya dan diintegrasikan ke dalam struktur masyarakat yang menerimanya. Lebih kurang 10% dari item budaya sesuatu masyarakat dicipta dalam masyarakat itu sendiri dan yang lain diperolehi melalui diffusi. Satu proses bagaimana sesuatu idea atau inovasi dipindahkan dari seorang individu atau kumpulan kepada yang lain.



Terdapat 2 jenis diffusi
1- Diffusi berkembang- maklumat tentang sesuatu inovasi disebarkan melalui periklanan, kerana pengaruh imigran atau pemilik inovasi. Apa yang disebarkan masih  kekal ditempat asal dan mungkin diperkembangkan lagi. Contohnya diffusi tentang agama Islam dari Arab.
       Kalau diffusi ini berlaku secara seragam ia digelarkan sebagai jenis ‘contagious’ (berjangkit). Terdapat juga hierarchical diffusion- perpindahan ini boleh berlaku ke arah atas atau ke bawah dalam hierarki.
2- Relocation diffusion-manusia mberpindah dan membawa bersama budaya mereka. innovasi itu diangkut atau dibawa kepada kawasan baru oleh imigran atau penduduk yang mempunyainya seperti cara agama berkembang. Contohnya  penduduk Eropah ke USA bermula pada abad ke 16 perpindahan untuk mencari peluang pekerjaan dan sebagai pelarian.


HUKUM RAVESTEIN- MIGRATION



         Mobiliti di sini melihat kepada kebolehgerakan penduduk dari satu tempat ke satu tempat lain. Boleh berlaku dalam konteks global dan local serta berlaku dalam kehidupan seharian. Mobiliti  terbahagi kepada dua, iaitu mobiliti besar melibatkan peringkat lebih besar contohnya melancong, dan mobiliti kecil melibatkan pergerakan kecil seperti perjalanan ke tempat kerja.
Pergerakan pula terbahagi kepada tiga iaitu

1-Pergerakan berkitar
2-Pergerakan berkala
3-Migrasi

        Pergerakan berkitar atau cyclic movement mempunyai laluan yang tertutup iaitu ‘ bila pergi akan balik’ dalam jangka masa sehari. Contohnya orang pergi untuk beriadah, orang nomad, dan perjalanan ke kuliah setiap hari. Pergerakan berkala  melihat kepada pergerakan meninggalkan kediaman dengan jangka waktu lebih lama. Contohnya pergerakan untuk bekerja, penggembala, dan perkhidmatan tentera. Migrasi bermaksud pertukaran tempat tinggal sama ada scara individu, isi rumah dan secara berkumpulan ke lokasi baru di luar lokasi asal dengan tujuan-tujuan tertentu akan melibatkan perubahan tempat tinggal. Pergerakan penduduk akan membawa kepada interaksi, terdapat  dua bentuk untuk melihat migrasi pertama dari segi mobiliti dan kedua dari segi pergerakan.



 MIGRATION IN THE WORLD

Terdapat faktor tarikan dan tolakan bagi migrasi, antaranya ialah:
Tarikan
1-peluang pekerjaan
2-dasar kerajaan
3-kestabilan politik
4-peluang pendidikan
Tolakan
1-kadar pengangguran tinggi
2peperangan
3-ketidakcukupan tanah
4-bencana alam

Migrasi terbahagi kepada dua iaitu: migrasi sukarela (voluntary migration)  dan migrasi paksa     ( forced migration).
    Migrasi sukarela berlaku apabila penduduk memilih untuk keluar dari tempat asal. Pada asasnya migran itu percayai bahawa peluang dan keadaan hidup ditempat baru adalah lebih cerah di destinasi baru. Ia dipengaruhi oleh faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan interaksi spatial. Bagi migrasi paksa pula, keputusan penempatan semula adalah dibuat mereka selain migran itu sendiri, ia bertentangan dengan migrasi sukarela. Contohnya hamba,  negara peperangan.
Pemerhatian-pemerhatian sedemikian telah disimpulkan oleh E.G.Ravenstein (1834-1913) sebagai satu siri “Law of Migration”.  Antara Hukum Ravenstein tentang migrasi adalah:
1- Kebanyakan migran berpindah jarak pendek sahaja.
2- Migrasi jauh mengutamakan destinasi bandar besar.
3- Kebanyakan migrasi berlaku langkah demi langkah.
4- Kebanyakan migrasi adalah dari luar bandar ke bandar ( rural-urban).
5- Setiap aliran migrasi menyebabkan aliran bertentangan.
6- Kebanyakan migran adalah dewasa- keluarga jarang berpindah ke destinasi antarabangsa.
7- Kebanyakan migrasi antarabangsa adalah lelaki muda, perempuan migrasi dalam
     Negara sendiri                                      
8-Penduduk luar bandar lebih ramai berhijrah.
9-Faktor ekonomi sebagai punca utam penghijrahan.
10-Migrasi meningkatkan pembangunan ekonomi.
11-Migrasi menyebabkan perkembangan bandar berbanding pertambahan penduduk semulajadi.

        Pada hukum yang ke 6 dan 7 menunjukkan pentingnya peranan attribut dan sikap individu iaitu dari segi umur,jantina , pendidikan, dan status ekonomi. Migrasi adalah satu proses selektif. Dalam kebanyakkan masyarakat , penduduk dewasa muda adalah yang menunjukkan mobiliti tinggi. Tetapi, pendapat ravenstein bahawa lelaki yang mendominasikan migrasi adalah tidak begitu benar pada masa ini. Perempuan sekarang merupakan separuh daripada migran.
      Migran perempuan digalakkan khususnya oleh tarikan dan penolak ekonomi. Kajian di Asia Tenggara dan Amerika Latin menunjukkan bahawa 50-70% berpindah kerana mencari pekerjaan dan berpindah semasa dalam umur remaja.

Jumaat, 9 November 2012

GEOGRAFI PETEMPATAN DAN DESA

Geografi petempatan dan desa


Gambar: kawasan petempatan felda



Geografi petempatan dibahagikan kepada dua iaitu;

  • petempatan desa 
  • petempatan bandar
-Ptempatan desa merupakan kajian tentang---- ruang, fungsi dan hidup manusia yang telah wujud sejak zaman pra sejarah. ia merupakan asas kepada semua kajian geografi dan pemikiran geografi.

-geografi petempatan pula berkait dgn kajian tentang bentuk pandang darat budaya. merupakan satu sains yang berkait dengan kajian sistematik tentang ciri penempatan di ruang yang berbeza kerana tindakan manusia

-Doxiadis menggunakan perkataan ekistics- sains petempatan ( science of settlement)

SKOP KAJIAN GEOGRAFI PETEMPATAN DESA

(i)       keperluan fizikal untuk perumahan, kerja, komunikasi
(II)     perkhidmatan pendidikan, kesihatan
(iii)     sistem " territorial organization", pentadbiran, pengurusan ekonomi
(iv)     kemudahan budaya

GEOMORFOLOGI

GEOMORFOLOGI IN GEOGRAFI

Dalam lapangan geografical geomorfologi kita lebih melihat bumi pada bentuk luaran iaitu "SAZ" (sub-aerial zone). di sini tempat berlakunya tiga proses utama dalam geomorfologi iaitu

Gambar: bentuk muka bumi dan proses-proses




  • Luluhawa
  • Pergerakan jisim
  • Angkutan Jisim
Tiga proses utama ini akan membentuk muka bumi yang baru dan bentuk muka bumi yang sedia ada, ketiga-tiga proses ini tidak berlaku dalam masa yang singkat ia perlu melalui....
  • temporal
  • spatial
-contoh yang paling jelas ialah pembentukan gunung-ganang pada masa kini, memerlukan masa yang lama untuk terbentuk dan tidak terjadi dalam masa yang singkat seperti gunung everest, gunung kinabalu, banjaran himalaya.

dalam konteks geografikal geomorfologi melihat kepada atribut yang boleh diukur iaitu " geometrical expression" seperti tinggi, lebar, kelengkungan, panjang, kedalaman,....

FOTO UDARA

FOTO UDARA DAN PENAFSIRAN FOTO UDARA DALAM GEOGRAFI


D-- Teknik untuk mengutip data menggunakan kamera yang direka khas untuk mengambil gambar secara berturutan. Definisi PFU--proses mengenalpasti dan menerangkan apa yang dilihat di dalam foto udara dan permukaan bumi.. 


Rajah: contoh foto udara


KEPENTINGAN FOTO UDARA DALAM GEOGRAFI 

1- ANALISIS SPATIAL
2- ANALISIS TEMPORAL 

CIRI PENTING BG FU 
1- perwakilan makro 
2- mengambil gambar ketika itu...(pada masa berkenaan) 
3- merekodkan gambar secara tetap 
4- meluaskan sensitiviti spektrum 
5- resolusi ruangan yang mendalam tentang permukaan bumi berdasarkan foto udara 

KEUPAYAAN MENTAFSIR FOTO UDARA
1- pengalaman, kepakaran dan latihan 
2- kualiti foto udara 
3- jenis foto udara 
4- skala foto udara 

FOTO UDARA SEBAGAI SUMBER DATA 

1 perwakilan melalui ruang dan masa mengenai objek atau ciri di permukaan bumi 
2 lokasi, agihan, perhubungan, arah perubahan, dan trend perubahan ciri2 dipermukaan bumi 
3 stereoscopic 
4 skala dan percambahan maklumat.

 PROSES PENAFSIRAN FOTO UDARA

1 orientasi dan stereoscopy 
2 melihat keseluruhan dan keputusan 
3 mengenalpasti perbezaan 
4 kategori dan mengelaskan 
5 analisis dan mengukur sama ada kualitatif dan kuantitatif 
6 maklumat mentah, penafsiran, keputusan 
7 data asas 8 komunikasi

 KEKANGAN (COSTRAINT)
1 kurangnya bahan sokongan 
2 kurang pengalaman dan kepakaran 
3 kualiti foto udara 
4 skala foto udara
5 alatan yang digunakan

TEORI SEL BUMI


HADLEY CELL

rajah : teori 3 sel bumi..

Sel Hadley adalah jenis peredaran yang mendominasi atmosfera di sekitar daerah tropikadengan massa hawanaik di khatulistiwabergerak 10-15 km di atas permukaan mendekati kutubkemudian turun di kawasansubtropikadan menuju khatulistiwa ketika berada di dekat permukaan.



Sirkulasi ini berkaitan rapat dengan angin pasattropical rainbeltspembentukan padang pasirdan jet streams.Mekanisme Sumber tenaga utama pada peredaran atmosfera adalah radiasi mataharidengan radiasi terbanyak diberhampiran khatulistiwa dan yang paling sedikit di kawasan kutubSirkulasi ini membawa tenaga radiasimengarah ke kutubsehingga akan menurunkan gradient suhu antara khatulistiwa dan kutub.

Mekanisme ini yang menjelaskan perbezaan antara daerah lintang tropika dan lintang tinggi:

     * Dengan andaian bumi tidak bergerakradiasi terbesar matahari selalu berada di khatulistiwa dengan bentukpermukaan bumi adalah seragamsel Hadley akan berbentuk seperti inisel hadley
ke arah barat oleh gaya coriolisyang menyebabkan pergerakan udara ke arah kanan di BBUdan ke sebelah kiri di BBSmembentuk subtropical jetsream yang bergerak dari arah barat ke timur Kemudian kerana bumi bergerak,muncul gaya coriolisAkibatnya terjadi 3 buah sel (sel hadleysel ferreldan sel kutub).

     * Sekarang tambah semua unsur di alam nyataPosisi matahari bergerak dalam langkah lintang 23,5 ° Utaradan selatanperbezaan kontur bumidan angin musim (monsuun).



Antara lintang 30 ° N dan 30 ° N, pemindahan tenaga diselesaikan dengan peredaran yang relatif lebih sederhana,dengan massa yang naik di khatulistiwabergerak ke arah kutub di lapisan tropopausekemudian turun disubtropikadan menuju khatulistiwa di kawasan permukaanBerbeza di lintang tinggi, pemindahan tenagadidapatdari aktiviti siklon dan antisiklon yang menyebabkan pergerakan udara hangat ke arah kutub dan massahawa dingin kearah khatulistiwa dalam lapisan yang sama.


Pergerakan sel yang terbalik ini lebih dikenali sebagai sel HadleyMendekati tropopauseketika hawa bergerak kearah kutub dalam selHadley dibelokkan

3 CELL MODEL EARTH
Tali pinggang angin girdling planet ini dianjurkan kepada tiga sel-selsel Hadleysel Ferreldan sel Kutub.Bertentangan dengan gambaran yang diberikan dalam rajah yang mudahsebahagian besar besar gerakanmenegak berlaku dalam sel Hadley penjelasan daripada kedua-dua sel-sel yang lain adalah kompleksPerhatikanbahawa terdapat salah satu sel Hadley diskret yang mungkin berpecah, peralihan dan bergabung dalam prosesyang rumit dari masa ke masa [rujukan?]. Tekanan rendah dan tinggi di permukaan bumi adalah seimbang oleh tekanan yang bertentangan relatif dalam troposfera atas.

 HADLEY CELL
Mekanisme sel Hadley difahami dengan baik. Corak peredaran atmosfera bahawa George Hadley diterangkanuntuk memberikan penjelasan bagi angin perdagangan sepadan dengan pemerhatian sangat baik. Ia adalah edarangelung tertutup, yang bermula pada khatulistiwa dengan hangat, udara lembap mengangkat Panji di kawasantekanan rendah khatulistiwa (Zon Convergence Intertropical, ITCZ) untuk tropopause dan dibawa poleward. Padakira-kira 30 ° lintang N / S, ia turun dalam kawasan tekanan tinggi. Sebahagian udara yang menurun bergerakequatorially sepanjang permukaan, menutup gelung sel Hadley dan mewujudkan angin Perdagangan.



Walaupun sel Hadley digambarkan sebagai berbaring di atas khatulistiwa, ia lebih tepat untuk menggambarkansebagai berikut titik zenit matahariatau apa yang dipanggil "khatulistiwa haba," yang menjalani setengah tahunpenghijrahan utara-selatan.

POLER CELL
Sel Kutub begitu juga satu sistem yang mudah. Walaupun saudara dingin dan kering udara khatulistiwa, udara ramai di selari ke-60 masih cukup panas dan lembap untuk menjalani olakan dan memandu gelung haba. Udara beredar dalam troposfera, yang terhad menegak oleh tropopause pada kira-kira 8 km. Udara panas naik pada latitud yang lebih rendah dan bergerak poleward melalui troposfera atas di utara dan kutub selatan. Apabila udara sampai ke kawasan-kawasan kutub, sejuk jauh, dan turun sebagai yang sejuk, kering kawasan tekanan tinggi, bergerak jauh dari tiang di sepanjang permukaan tetapi memulas ke arah barat akibat kesan Coriolis untuk menghasilkan easterlies Kutub.



Aliran keluar dari sel mewujudkan gelombang harmonik dalam suasana yang dikenali sebagai gelombang Rossby. Gelombang ultra-panjang ini memainkan peranan yang penting dalam menentukan jalan aliran jet, yang bergerak dalam zon peralihan antara tropopause dan sel Ferrel. Dengan bertindak sebagai sink haba, sel Kutub juga baki sel Hadley dalam persamaan tenaga bumi.

Ia boleh dikatakan bahawa sel Kutub weathermaker utama untuk kawasan-kawasan di atas latitud pertengahan utara. Walaupun Kanada dan Eropah mungkin perlu berurusan dengan ribut musim panas kadang-kadang berat, tiada apa-apa jua seperti lawatan musim sejuk dari Siberia yang tinggi untuk memberikan satu penghargaan sebenar sejuk sebenar. Malah, ia adalah tinggi kutub yang bertanggungjawab untuk menghasilkan suhu yang paling sejuk yang dicatatkan di Bumi: -89,2 ° C di Stesen Vostok pada tahun 1983 di Antartika.

Sel Hadley dan sel Kutub adalah serupa kerana mereka haba langsung dalam erti kata lain, mereka wujud sebagai akibat langsung suhu permukaan, ciri-ciri haba mereka mengatasi kesan-kesan cuaca dalam domain mereka. Jumlah dagangan semata-mata tenaga pengangkutan sel Hadley, dan kedalaman sink haba yang sel Kutub, memastikan bahawa kesan-kesan fenomena cuaca fana bukan sahaja tidak dirasai oleh sistem secara keseluruhan, tetapi kecuali di bawah keadaan yang luar biasa - tidak dibenarkan untuk borang. Rantaian tidak berkesudahan lulus tinggi dan rendah yang merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian untuk penduduk latitud pertengahan tidak diketahui di atas selari dengan 60 dan ke bawah 30. Terdapat beberapa pengecualian yang ketara kepada peraturan ini. Di Eropah, cuaca yang tidak stabil meliputi sekurang-kurangnya 70 ° utara.

Ciri-ciri ini atmosfera juga stabil, walaupun mereka boleh mengukuhkan atau melemahkan serantau atau lebih masa, mereka tidak lenyap sepenuhnya.

ENSO


ENSO EL NINO DAN LA NINA
ENSO
      ENSO adalah singkatan dari El Nino Southern Oscillation. Secara umum para ahli membahagi ENSO menjadi ENSO (El Nino) dan ENSO (La Nina).Kondisi tanpa kejadian ENSO biasanya disebut sebagai kondisi normal. Referensi penggunaan kata hangat dan dingin adalah berdasarkan pada nilai anomali suhu permukaan laut (SPL) di daerah NINO di Samudera Pasifik dekat ekuator bagian tengah dan timur. Adapula penggunaan istilah ENSO negatif dan ENSO positif. Namun kadangkala penggunaan istilah ini tidak konsisten karena sebagian menggunakan nilai positif dan negatif berdasarkan pada harga Indeks Osilasi Selatan (IOS) sedangkan sebagian yang lain menggunakan nilai positif dan negatif berdasarkan pada harga anomali SPL.

Graf: soi index for world

SOUTHERN OSCILLATION INDEX (SOI)
      Oleh kerana tekanan atmosfera dan suhu laut berkait rapat, suatu indeks atmosfera yang dipanggil Indeks Ayunan Selatan (Southern Oscillation Index, SOI) juga digunakan untuk mengukur reaksi atmosfera terhadap fenomena ini. Indeks ini dihitung dari perbezaan keadaan turun-naik tekanan udara bulanan di antara Tahiti (mewakili Pasifik timur) dan Darwin (mewakili Pasifik barat). Jika terdapat nilai SOI negatif yang ketara, berterusan selama sekurang-kurangannya enam bulan, kita mengalami keadaan El Niño. Lebih besar nilai negatif tersebut maka lebih tinggi keamatan El Niño. Sebaliknya, nilai SOI positif yang tinggi menunjukkan keadaan La Niña. El Niño/La Niña yang kuat biasanya diwakili oleh SOI yang bernilai 1.5 (negatif untuk El Niño dan positif untuk La Niña) atau lebih dan berpanjangan manakala keadaan yang sederhana diwakili oleh indeks berjulat di antara 0.8 dan 1.5. Keadaan El Niño yang lemah pula bernilai di antara 0.4 hingga 0.8.