Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 11 Januari 2015

KESAN KEJADIAN BANJIR

Kesan psikologi terhadap mangsa
Meragut nyawa
Kemusnahan harta benda
Perpindahan penduduk
Sistem perhubungan terputus
Penularan wabak penyakit



           


FAKTOR-FAKTOR KEJADIAN BANJIR DARI SUDUT ALAM SEKITAR


  • Saiz lembangan sungai
  • Hujan lebat yang berterusan
  • Hakisan sungai
  • Penyahutanan kawasan takungan air
  • Sistem perparitan yang tidak terancang
  • Proses pembangunan atau pembandaran
  • Kegiatan pembalakan yang berleluasa
  • Kadar resapan air yang berkurangan
  • Peningkatan air larian permukaan




  

Ahad, 28 Julai 2013

Update started

Lama tak update this blog..... Walaupun kajian Geografi mementingkan kajian berasaskan ruangan dan masa. Apa-apa pun salam ramadhan Al-Mubarak.



Isnin, 24 Disember 2012

Banjir di Kelantan 25/12/2012

Kedudukan kelantan yang terletak di kawasan  menghadap Laut China Selatan menyebabkan kelantan menerima intensiti hujan yang lebat akibat daripada Monsun Timur Laut.

kedudukan semasa banjir di kelantan

Lalu-lintas yang ditutup di negeri Kelantan

Mangnitud kejadian banjir yang diramalkan adalah besar berbanding tahun-tahun kebelakangan ini. hal ini kerana terdapat peningkatan paras air yang mendadak di kedua-dua lembangan iaitu L.sg Kelantan dan L. sg Golok.

Laporan Kaji Cuaca di Semenanjung Malaysia

Dengan kemajuan yang dicapai dalam bidang sains dan teknologi, terdapat pengggunaan alat untuk melihat keadaan cuaca di sesuatu tempat.

Laporan JMM jabatan meteorology malaysia umpamanya telah menggunakan aplikasi Radar untuk melihat keadaan cuaca di Malaysia umumnya.

Tahapan hujan sekitar 24/25 disember 2012 JMM

Keadaan ini disokong pula dengan melihat kepada imej di bawah

Rainfall intensity estimation JMM

Hujan yang membadai kawasan pantai timur semenanjung termasuk Johor adalah disebabkan oleh luruan sejuk yang bertekanan tinggi dari Siberia High telah turun melalui negara China dan membawa bersama awan2 hujan sepanjang melalui Laut China Selatan.


Fenomena banjir di lembangan sungai Kelantan

Mungkin Malaysia tidak berada dalam lingkaran api Pasifik, tetapi, ia tidak memungkinkan Malaysia terlepas daripada bencana alam lain umpamanya tanah runtuh, banjir, tsunami dan lain-lain.

Saban tahun malaysia menerima dua perbezaan angin yang berubah di rantau ini iaitu

1-Monsun Timur Laut (Nov-Februari)
2-Monsun Barat Daya (April- September)

 Bulan Mac dan Oktober merupakan peralihan monsun.

Lembangan sungai kelantan merupakan salah satu kawasan yang di diami oleh manusia. seperti yang kita tahu, jika sesuatu bencana tidak mengenai manusia ia tidak dianggap bahaya tetapi ia lebih di lihat sebagai ancaman (vulnerability).

Lembangan Sungai Kelantan
Hujan yang berterusan selama lebih daripada 10 hari telah mendatangkan banyak masalah kepada penduduk yang tinggal di kawasan lembah/ dataran banjir di kelantan.

Seperti yang direkodkan oleh Jabatan Pengairan dan saliran melalui portal e-banjir, pada 25/12/2012, mangsa pemindahan akibat banjir semakin meningkat bagi setiap daerah di kelantan.

Paras air sungai juga semakin melewati dan melebihi paras amaran bahaya iaitu.

kemaskini 25/12/2012 Jps

Rabu, 21 November 2012

Remote sensing in Geography

remote sensing merupakan salah satu teknologi yang diguna pakai oleh bidang geografi bagi mengesan sesuatu perubahan bagi lokasi tertentu mengikut ruang dan masa.